Monday, September 24, 2007

BUKA BICARA
















Nurul selalu memerhatikan saya mengemaskini blog saya dan sesekali anak kecil ini akan membaca kandungan blog saya yang kebanyakannya merupakan puisi-puisi yang saya tulis. Beliau begitu teruja melihat foto-foto yang terdapat di dalam blog saya.

Nurul memberitahu saya keinginannya untuk memiliki blog peribadi. Lantas minggu lepas saya terfikir, mengapa tidak. Saya boleh membantu Nurul membangun sebuah blog untuk mencatat apa jua aktiviti dan keinginannya. Catatan perjalanan hidup anak kecil ini mungkin membosankan kita tetapi saya percaya ia punya nilai tersendiri. Maka lahirlah blog ini...A Walk to remember_ Nurul Hakimah.

Dengan pertambahan satu lagi blog dan yang memilikinya seorang pendesak,bermakna saya kena bekerja lebih keras lagi untuk membantu Nurul mengemaskini blog ini mengikut cita rasa Nurul.

Ooh ya..Nama sebenar anak ketujuh saya ini adalah hasil cantuman nama ayah saya, Abdul Hakim, ibu saya ,Saimah, isteri, Hamimah, anak sulung, Laila Nur Rohamimi dan anak kedua, Khairul.

Nurul lahir pada 18 Februari 1999 dengan berat hanya 2kg. Sejak kelahirannya saya sentiasa merasa cemas. Anak keenam lahir 10 tahun sebelum Nurul. Sepuluh tahun tidak punya anak kecil. Saya seperti memulakan kehidupan sekali lagi. Kini Nurul sudah berusia 8 tahun dan bersekolah di SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching, dalam tahun 2.


Friday, September 21, 2007

First Step

Reciting a poem during family day dinner held early this year. It was a night to remember...