Sunday, January 25, 2009

ABDUL HAKIM, ANAK SAUDARAKU



Abdul Hakim anak buahku yang keenam. Dilahirkan pada 5 Desember 2008 di Hospital Pakar Perubatan Normah (Normah Specialist Centre).Kini dia berumur 2 bulan.Namanya diambil bersempena nama datukku Abdul Hakim.

Wednesday, January 23, 2008

Bersama cikgu kelasku

Inilah cikgu kelasku, Julianawati. Cikgu yang sangat baik hati kepadaku. dia juga mengajar ku dengan sepenuh hatinya. Dia sangat tekun mengajar kami. Gambar diambil bersama cikgu Julianawati ketika aku belajar di Tadika Hikmah. Umurku waktu itu 6 tahun.Sekarang umurku 9 tahundan akau dalam tahun 3 SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan.


Friday, October 12, 2007

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KALAU ADA KHILAF DAN SALAH MOHON DIMAAFKAN

Tuesday, October 9, 2007

My favourite flower

This is my favourite flower. It has a beautiful colour. The flower is being planted by my mother in a flower pot and put in front of our house. Everyday I pour water on it. I have other flowers at home such as roses with various colours.

Hari Raya Eidul Fitri is very near. I would like my friend to come to my house and look at my flowers.

Monday, September 24, 2007

BUKA BICARA
















Nurul selalu memerhatikan saya mengemaskini blog saya dan sesekali anak kecil ini akan membaca kandungan blog saya yang kebanyakannya merupakan puisi-puisi yang saya tulis. Beliau begitu teruja melihat foto-foto yang terdapat di dalam blog saya.

Nurul memberitahu saya keinginannya untuk memiliki blog peribadi. Lantas minggu lepas saya terfikir, mengapa tidak. Saya boleh membantu Nurul membangun sebuah blog untuk mencatat apa jua aktiviti dan keinginannya. Catatan perjalanan hidup anak kecil ini mungkin membosankan kita tetapi saya percaya ia punya nilai tersendiri. Maka lahirlah blog ini...A Walk to remember_ Nurul Hakimah.

Dengan pertambahan satu lagi blog dan yang memilikinya seorang pendesak,bermakna saya kena bekerja lebih keras lagi untuk membantu Nurul mengemaskini blog ini mengikut cita rasa Nurul.

Ooh ya..Nama sebenar anak ketujuh saya ini adalah hasil cantuman nama ayah saya, Abdul Hakim, ibu saya ,Saimah, isteri, Hamimah, anak sulung, Laila Nur Rohamimi dan anak kedua, Khairul.

Nurul lahir pada 18 Februari 1999 dengan berat hanya 2kg. Sejak kelahirannya saya sentiasa merasa cemas. Anak keenam lahir 10 tahun sebelum Nurul. Sepuluh tahun tidak punya anak kecil. Saya seperti memulakan kehidupan sekali lagi. Kini Nurul sudah berusia 8 tahun dan bersekolah di SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching, dalam tahun 2.


Friday, September 21, 2007

First Step

Reciting a poem during family day dinner held early this year. It was a night to remember...